Monday, 25 April 2011

Tuesday, 12 April 2011

SPOT SPOT MEMANCING YANG POPULAR DIKALANGAN AHLI2 KELAB PANCING TG BATU LAUT

Inilah kawasan kawasan yang popular tapi takat & no bearing tak dapat bagi tahulah coz demi memelihara habitat kawasan ikan k...

GT VS JENAHAK

yang mana ganas?

BAD WEATHER & NO CUMI ( SOTONG )

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan berapa XPDC gagal disebabkan angin yang bertiup kencang dan berombak,,,mengikut pengamatan MY SIFU Abang Asan Kurau angin yang bertiup dari arah barat akan menyebabkan kawasan2 pancingan seperti di takat FEDERAL,KERIAN,dan semua takat yang di open sea akan menyukarkan para pemancing..hahaha,,,,akibatnya ramai pemancing baru yang akan mabuk laut..

ketiadaan cumi juga akan menyebabkan kesukaran untuk membuat aktiviti pancingan..banyak yang kan berputih mata...al maklumlah ikan2 di tawau nie semua ada degree tidak mahu makan udang or umpan buruk maw juga cumi segar....

oleh itu utamakan keselamatan semasa cuaca tidak menentu....apa yang perlu :

life jacket
torch light
GPS sekiranya jerebu bule juga sampai pengkalan haha
dayung manataw habis minyak
TOP up untuk kecemasan,,,korang kol ja kawan2 suruh dorang tolong
lampu signal untuk mengelakkan perlanggaran,,

ok

salam perkenalan kepada pembaca2 blog

assalamualaikum...

kelab ini di tubuhkan untuk menyatukan para pemancing pemancing tegar yang berada di kawasan tawau....
terletak di kawasan tanjung batu laut...berdekatan ladalam timber,,,alah senang ja jumpa tempat nie..pondok2 yang mana korang ada nampak perahu tertambat kat sinilah kelab ni berada..

mengikut fakta yang terkumpul tempat nie bermula pada tahun 1998 or lagi awal,,tak pastilah,,,apa yang pasti kalo korang maw taw kamu pi tanya MY SIFU iaitu abang Asan Kurau hahaha...
tempat nie mengumpulkan berbilang bangsa mengikur seruan Perdana Menteri kita iaitu ONE MALAYSIA,ada india ada keling ada cina ada melayu ada bugis ada MYCARD & ADA JUGA PASSPORT.tak kira lah yang penting kita semua mempunyai satu minat yang sama iaitu memancing ikan...bukan memancing orang ya....

seperti kebiasaan kalo korang berkunjung ke tempat nie tiap2 petang ada aktiviti yang di lakukan semasa tidak turun kelaut,,biasanya kami akan bermain DOMINO or GENERAL,,,saja buang2 masa dan sambil berborak2 bertukar takat or berkongsi rahsia memancing...

kebanyakan angler2 di sini turun pada hari sabtu malam minggu,,,tak kiralah air besar kah air kecil kah ributkah,,,,inilah dikatakan pemancing tegar,,,,tegar2 pun safety first k,,,,,,INGAT ORANG YG TERSAYANG...