Thursday, 19 May 2011

TIADA TAKAT TANPA GARMIN..........

Penggunaan Gps di kalangan pemancing zaman kini tidak hairan dan amat memerlukan untuk kemudahan kita menanda sesuatu tempat or spot memancing dengan lebih mudah,,,kalau dengan mengguanakan tanda cahaya lampu,bangunan,pokok bakau dan bukit jadi penanda ia agak sukar bagi pemancing yang kurang berpengalaman dan agak baru dengan sesuatu tempat tersebut...

Dengan menggunakan gps juga kita akan lebih tahu lebih lanjut tentang jarak perjalanan ke tempat tempat yang terpilih dan perjalanan kita lebih teratur ketika berada di lautan,,,sekiranya berlaku jerebu yang kuat hingga menghalang pandangan yang bule mengakibatkan sesat pasti gps bule mambantu,,,tapi jangan pula lupa set tempat mula2 kita hendak bertolak kan seperti muara or jeti...

gps juga bule menanda sesuatu tempat dengan baik walaupun tidaklah seratus peratus tepat tapi kebarangkalian untuk kita berlabuh di takat yang di pilih adalah 98 % bergantung juga pada pengalaman dan kebijaksanaan membaca angin ketika ingin melakukan labuhan...




beberapa gambar di bawah boleh di jadikan rujukan dan antara model yang sering kami gunakan sewaktu berada di laut..

BIG GAME FOR THE BIG FISH ( JENAMA TERBUKTI UNTUK PENGGUNAAN TEKNIK PANCINGAN HAND LINE)








Wednesday, 18 May 2011

BENJOL/KILAR/KUMPAU

BENJOL/KILAR/KUMPAU membawa maksud yang sama iaitu di mana sewaktu trip memancing atau segala aktiviti memancing di laut ataupun air tawar tanpa membawa sebarang hasil dan tangkapan.

Ia di sebabkan mungkin faktor cuaca ataupun faktor ketiadaan umpan dan spot yang salah ketika memancing...ini perkara biasa bagi seorang pemancing tegar dan paling di takuti oleh pemancing terutamanya pemancing dari kelab pancing tanjung batu laut,kerana sesiapa yang BENJOL/KILAR/KUMPAU/ pasti akan menerima kutukan pedas dari rakan rakan pemancing yang lain..

tetapi kita harus percaya sepandai mana pun kita memancing dan perngalaman luas pasti ada masa masa tertentu kita akan menagalami keadaan BENJOL/KILAR/KUMPAU/ dan kita harus percaya semua rezeki itu datangnya dari Allah dan bukan gara gara kita ni handal memancing..sekiranya kita handal itu adalah anugerah yang di beri

kadang kadang kita lupa dan taksub kononnya kita adalah yang paling handal dan cun dalam memancing dan tidak pernah BENJOL/KILAR/KUMPAU/..Jangan,,,,,,itu semua rezeki dari Tuhan.

apa pun dalam aktiviti memancing kita perlu berusaha untuk memilih spot memancing terbaik agar memperolehi tangkapan terbaik.semua pemancing pun berkeinginan memdapat hasil yang baik dan tidak mahu BENJOL/KILAR/KUMPAU/..

BEWARE JANGAN MAHU JADI BENJOL HAHAHA....

Monday, 25 April 2011

Tuesday, 12 April 2011

SPOT SPOT MEMANCING YANG POPULAR DIKALANGAN AHLI2 KELAB PANCING TG BATU LAUT

Inilah kawasan kawasan yang popular tapi takat & no bearing tak dapat bagi tahulah coz demi memelihara habitat kawasan ikan k...

GT VS JENAHAK

yang mana ganas?

BAD WEATHER & NO CUMI ( SOTONG )

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan berapa XPDC gagal disebabkan angin yang bertiup kencang dan berombak,,,mengikut pengamatan MY SIFU Abang Asan Kurau angin yang bertiup dari arah barat akan menyebabkan kawasan2 pancingan seperti di takat FEDERAL,KERIAN,dan semua takat yang di open sea akan menyukarkan para pemancing..hahaha,,,,akibatnya ramai pemancing baru yang akan mabuk laut..

ketiadaan cumi juga akan menyebabkan kesukaran untuk membuat aktiviti pancingan..banyak yang kan berputih mata...al maklumlah ikan2 di tawau nie semua ada degree tidak mahu makan udang or umpan buruk maw juga cumi segar....

oleh itu utamakan keselamatan semasa cuaca tidak menentu....apa yang perlu :

life jacket
torch light
GPS sekiranya jerebu bule juga sampai pengkalan haha
dayung manataw habis minyak
TOP up untuk kecemasan,,,korang kol ja kawan2 suruh dorang tolong
lampu signal untuk mengelakkan perlanggaran,,

ok